Sabtu, 24 November 2012
Jumaat, 23 November 2012
Ahad, 11 November 2012
Jumaat, 9 November 2012
Selasa, 6 November 2012
DEFINISI KAUNSELING
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang
diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada
semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak
semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling
ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada
isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting
dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah
berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan
memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien
memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan
menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan
kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang
dihadapinya.
Langgan:
Catatan (Atom)